Wednesday 26 November 2014

MATEMATIK?

Jom, uji minda dengan soalan matematik yang boleh dianggap KEBAT(kut).


Anas tinggal di dalam sebuah kondominium mewah di tingkat 10. Tingkat yang ke 10 tu adalah tinggi dia kira-kira 40 meter dari aras tanah. Kiranya Anas ni anak orang kaya lah...kan... lepastu dia suka sangat-sangat dekat satu hamba Allah ni. Dia punyalah simpan angan-angan nak berkahwin dengan hamba Allah tersebut.... 
Alih-alih hamba Allah tersebut sudah pun menjadi isteri orang... Anas pun apalagi, bila dah frust gila, dia pun decide nak terjun dari kondominium dia...Biasalah orang broken hearted yang tidak berfikir panjang akan bertindak melakukan perkara-perkara seperti ini yang tidak rasional untuk menghapuskan kesedihan mereka...(tapi ianya tidak boleh dilakukan dan dilarang sama sekali di sisi Islam )
Dengan penuh tekad Anas nak terjun ke bawah, tiba-tiba seekor monyet melompat masuk dan mencengkam muka Anas. Anas yang panik mula mencuba berbagai-bagai cara untuk menghalau monyet itu. Semua barang yang boleh dibaling ke monyet itu Anas baling untuk menghalau monyet tersebut.
Anas baling...baling...baling...baling...dan pok! Ipad yang dibalingnya terkena kepala monyet tersebut. Pabila kepalanya sudah terkena Ipad itu, kepala monyet itu pun mula jadi pening-pening lalat. Dengan kepala yang pening itu, si monyet tidak perasan bahawa dia berada di hujung tingkap .....
Satu langkah besar dilakukan dan aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...... si monyet jatuh daripada bangunan kondominium itu. Akibat terjunan yang berlaku secara tiba-tiba itu, si monyet pun menjunam dalam kelajuan yang maksima. Monyet tersebut telah bersedia untuk menghadapi kematiannya. Dengan lagak seperti seorang tentera udara yang jatuh daripada pesawatnya, si monyet terperosok 40 meter bawah aras tanah. Akhirnya tamatlah hayat si monyet, lengkap dengan pengebumian ia sekali.
Anas yang melihat cara kematian si monyet yang agak mengerikan itu tidak jadi untuk meneruskan niatnya terjun dari bangunan. Anas beristighfar di dalam hati kerana dia hampir-hampir melakukan perkara yang akan memusnahkan hidupnya. Anas bertekad dia perlu meneruskan hidupnya dan menghadapi ujian-ujian hidup yang diturunkan Allah dengan tabah.


Jika hati kita sedang bersedih, ingatlah pada Allah. Jangan buat keputusan yang akhirnya akan memakan diri. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Ingatlah, Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambanya.



Ok, dah...dah... berbalik kepada soalan matematik kita tadi...
Saya nak tanya, berapakah ukuran jarak antara tempat si monyet itu terterjun dengan tempat si monyet itu mendarat/dikebumikan?
Jawab...jangan tak jawab ...

PEACE!!







No comments:

Post a Comment