Saturday 6 December 2014

Usaha = Tawakal

Asssssalaaamualaaaaikum........Warahmatullaaahiwabarakaaaaatuh..... Waaaaaaaa'alaikumussssalaaam.................. ....warahmatulllahiwabarakaaaaatuuuuuh...........
Jawab jangan tak jawab
Dah lama dah tak buka blog ni ... dah nak dekat seminggu....dah..heh
Rasa-rasanyalah kan kenapa ana kata dah lama tak buka dan baru buka sekarang .....sebab
ALHAMDULILLAH...
Pagi tadi baru habis periksa SDKA, so sekarang baru boleh update...
Nak tau tak betapa sahabat ana berhempas pulas sepanjang minggu periksa ni sehinggakan adik sahabat ana tu  mengatakan bahawa kakak dia ni nampak tension je tiap-tiap hari periksa, Di bawah ini terdapat list benda yang sahabat ana buat sepanjang minggu periksa ni :
Start petang sebelum hari periksa, dia mula belajar. Dah lah hari periksa esoknya tiga mata pelajaran, jadi dia kena rush sikit...
Bila periksa macam ni main, tengok serta buka komputer dan tv tidak dibenarkan sama sekali....Waktu macam ni yang dibenarkan hanyalah belajar, makan, belajar, solat, belajar, mengaji al-Quran, belajar, berdoa, belajar, dengar tazkirah, belajar dan release tension sikit.
Lepastu waktu malam, dia tidur antara pukul 10 dengan 11. Bangun pula antara pukul 3 pagi dengan 4 pagi semata-mata sebab nak belajar dan baca buku untuk peperiksaan hari esoknya. 
Sebenarnya jadual tidur macam ni tidak digalakkan sama sekali untuk para pelajar seperti kita ni... tapi ni sebab dia dah desperate nak score sangat-sangat dalam semua mata pelajaran. Jadual tidur seperti ini akan memudaratkan kesihatan kita dan mengundang penyakit yang berbahaya seperti sakit kepala.
Esoknya, dia periksa dengan jayanya (kut), boleh jawab tetapi apabila tiba saat-saat dimana kantuk menguasai dirinya, dia pun tidur lepas siap jawab kertas periksa.
Inilah bahananya bila tak cukup tidur pada minggu peperiksaan. Tertidur-tidur pun kawan ana ni berjaya menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan.... (kalau kata mudah nanti orang cakap kita ni confident sangat dapat cemerlang)Kawan ana ni dia ni nak menunaikan harapan guru-gurunya, ibu bapanya dan dirinya dalam mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan SDKA.




Apa-apapun, kawan-kawan, pakcik-makcik, abang-kakak, ibu ayah, pelajar-guru, ingatlah setelah kita melakukan usaha yang penting kita berdoa dan bertawakal untuk mendapat kejayaan dan kebahagiaan. Jangan mengharapkan usaha kita sahaja untuk mendapat kejayaan tersebut tanpa berdoa dan bertawakal kerana kita hanya merancang Allah yang menentukan dan jangan juga hanya berdoa dan bertawakal tetapi tiada usaha yang dilakukan untuk mencapai sesuatu atau kejayaan.



Setakat ni je untuk kali ni....wassalam..

No comments:

Post a Comment