Friday 21 November 2014

Buat karangan dapat hadiah dan suprise(kot)...

JENG...JENG... JENG...
Waktu tu cikgu saya suruh murid-murid kelas saya tulis karangan bertajuk NASI SUDAH MENJADI BUBUR ini, cikgu saya kata "Tiga orang yang terbaik akan mendapat hadiah dari cikgu,". Jadi kita pun boleh kira ia sebagai pertandingan...kan...saya punyalah buat bersungguh-sungguh (kononnya) selepas itu hantar kepada cikgu.
Kawan saya Anis Farhah dengan Aiman Farhan pun hantar karangan itu pada hari yang sama...
Pada hari cikgu bagi hadiah, saya(dapat teddy bear love warna merah yang striking), Anis Farhah( dapat katak mata besar warna hijau) dengan Aiman Farhan(dia pula dapat Spongebob Squarepants ) masing-masing dapat hadiah.
Kami semua seronoklah dapat hadiah. Korang semua nak tau tak kenapa kitorang bertiga yang dapat hadiah tu... sebaaaaaaaaaaaaab.........HANYA KITORANG BERTIGA SAHAJA yang hantar karangan tu....Hi...Hi...Hi...
Jom sama-sama baca my masterpiece....yang tidak seberapa ini...

PERINGATAN: JANGAN COPY ATAU PASTE ATAU COPY DAN PASTE KARYA SAYA INI 
UNTUK BUAT KERJA SEKOLAH ATAU PERTANDINGAN
(walaupun saya rasa karangan saya ni tak bagus sangat)
INGAT!! ADA CCTV DI ATAS SANA


NASI SUDAH MENJADI BUBUR
Syifa mengalirkan air mata. Kesedihan yang dialami tidak terbendung oleh hatinya. Betapa Syifa menyesali perbuatan-perbuatan yang telah dia lakukan sebelum ini.
         Syifa ialah pelajar cemerlang di Sekolah Menengah Kebangsaaan Taman Desa Skudai. Dia sering mendapat markah yang tinggi dalam keputusan peperiksaannya. Hampir setiap tahun dia menyandang gelaran pelajar paling cemerlang dalam tingkatannya.
         Guru-guru sering memberikan pujian kepada Syifa dan menggalakkan murid-murid yang lain untuk menjadikan Syifa sebagai sandaran dalam mencapai kecemerlangan dalam pelajaran mereka. Ibu dan bapa Syifa berasa sangat bangga dengan pencapaian anak mereka di sekolah.
         Syifa sangat menghormati ibu, bapa dan guru-gurunya kerana pada Syifa merekalah yang membantu dia dalam mencapai kejayaan . Dia juga sering membantu rakan-rakannya yang memerlukan pertolongan dalam pelajaran mereka kerana dia mengamalkan konsep ’Ilmu pengetahuan patut dikongsi bersama’ .
         Tetapi semakin hari, Syifa berubah sikap. Pujian-pujian yang diberikan oleh guru-guru dan orang sekeliling melalaikan Syifa. Dia menjadi semakin angkuh dan lupa diri sehinggakan dia tidak mahu membantu para pelajar lain walaupun yang mengalami masalah dalam pelajaran mereka.
         Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang hampir tiba mendebarkan hati para pelajar tingkatan lima. Syifa yang juga menduduki tingkatan lima tidak berasa apa-apa kerana Syifa yakin dia akan memperoleh kejayaan dalam peperiksaan SPM  berdasarkan pencapaiannya yang cemerlang sebelum ini.
         Hari peperiksaan SPM tiba dengan penuh debaran buat semua pelajar tingkatan lima dan guru-guru Sekolah Menengah Taman Desa Skudai. Mereka berharap calon-calon SPM sekolah ini dapat menjawab dengan baik dan membanggakan sekolah dengan mendapat pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan ini.
Syifa terpaksa menempuh waktu yang sukar ketika menjalani peperiksaan SPM kerana dia tidak sempat menyiapkan jawapan bagi beberapa  soalan yang diberikan. Walaupun begitu, Syifa tetap yakin bahawa dia bakal mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan ini.
         Tatkala keputusan peperiksaan SPM diumumkan, Syifa menerima kejutan yang besar.  Dia gagal mendapatkan keputusan cemerlang yang diidamkannya selama ini. Dengan gred 3A 5B 2C, dia pasti impiannya untuk belajar dan menjadi graduan universiti yang bagus musnah. Mengenangkan kesilapan dulu, air matanya mengalir menyusuri pipi.
        

         

6 comments:

  1. Nak edit ... - nurul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shafiqah, awk tolong tambahkan gadget untuk blog ni boleh x? kita x tau macam mane...

      Delete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. bagi email ngn pasword kt email ..

    ReplyDelete
  4. dekt email lahh .. bukan kt sni

    ReplyDelete