Wednesday 1 October 2014

QANA'AH

Qana'ah pada bahasa ialah al-rida atau al-qabul, iaitu reda dan menerima, Dalam istilah lain Qana'ah ialah sifat merasa cukup dengan apa yang kita ada. Sifat qana'ah ialah sifat terpuji yang sangat dituntut untuk diterapkan dalam diri individu Muslim. Semua manusia ada kelebihan masing-masing, Kita tidak perlu merasa iri hati dengan kelebihan orang lain . Cuba fikirkan balik, ada tak sifat qana'ah dalam diri kita atau kita sentiasa berasa 'Wah, cantiknya orang itu. Tidak seperti diriku yang hanya biasa-biasa sahaja,'' Ya, Allah kalaulah aku ni senang seperti si polan bin si polan,' Kita dituntut untuk melihat orang yang kurang bernasib baik berbanding kita. Dengan itu sifat qana'ah boleh ditanam dalam diri kita. Orang yang bersifat qana'ah tidak akan sekali-kali meminta kepada orang lain untuk menyara kehidupan mereka walaupun mereka hidup dalam kesusahan . Terdapat hadis yang melarang umat Islam meminta-minta kepada manusia lain kerana sifat ini menjatuhkan maruah mereka sebagai manusia mulia di sisi Allah :  
عن سفيان صخر بن حرب رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "لا تلحفوا في المسألة, فوالله لا يسألني أحد منكم شيئا, فتخرج له مسألته مني شيئا وأنا له كاره, فيبارك له فيما أعطيته" ه 

Maksud: Sufyan dari 'Amru dari Wahb bin Munabbih dari sudaranya Hammam dari Mu'awiyah ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah kamu meminta-minta dengan mendesak. Demi Allah! Tidak seorang pun jua yang meminta kepadaku, yang tidak kupenuhi permintaannya. Tetapi seorang yang kuberi dengan hati enggan, maka ia tidak akan diberkati dalam pemberian itu."

Sifat qana'ah digandingkan dengan sifat syukur.

Pasti para pembaca dah tahu apa itu sifat syukur... kan... 
Sifat Qana'ah dengan sifat syukur  sangat sesuai digandingkan bersama sementelah qana'ah bermaksud reda dengan apa yang dimiliki manakala syukur bermaksud mengiktiraf terhadap orang yang memberi nikmat dan memujinya.


Walaupun kita dituntut untuk bersifat qana'ah dalam hidup kita, tetapi bab beribadah dan pelajaran kita perlu melihat orang yang lebih baik dan lebih cemerlang daripada kita sebagai motivasi untuk kita terus berusaha menjadi orang yang lebih berjaya di dunia dan akhirat.

Marilah kita terus beramal dan berjihad melawan hawa nafsu.

GO,,,GO... MUSLIM, YeAH !!!

No comments:

Post a Comment