Tuesday 23 September 2014

Generasi Pembangun Negara

Ada apa dengan cita-cita? Siapa rasa dapat jawab sila angkat tangan....heh...
Pada saya cita-cita adalah impian kita bagi masa hadapan kelak. Cita-cita juga boleh dikira sebagai perancangan jangka panjang hayat kita.
 Zaman dulu-dulu, murid-murid ramai yang kata "Cikgu, nanti besar saya nak jadi macam cikgu, " "Saya pula nak jadi doktor, nanti boleh tolong rawat atuk saya yang sakit" " Saya nak belajar rajin-rajin supaya dapat tolong mak ngan ayah saya," 
Kehidupan orang zaman dulu yang agak susah menjadikan mereka bercita-cita tinggi. Tengoklah sekarang ramai yang dah jadi cikgu, doktor, engineer, Perdana Menteri dan banyak lagilah orang zaman dulu yang berjaya.
Tapi sekarang, korang mesti ada dengar  budak-budak dia bercita-cita ....." Cikgu, nanti besar saya nak jadi artis macam Izzue Islam ngan Tiz Zaqyah,"" Saya pulak nk jadi pelawak, macam Afdlin Syauqi sebab saya suka dengar dia melawak,""Alah, kalau aku tak belajar tinggi-tinggi pun ayah aku kan ada, Dia kaya, ada syarikat sendiri,""Aku tak kisahlah apa nak jadi asalkan aku boleh enjoy!!"
Bolehlah dikatakan budak-budak sekarang ramai yang macamtu....betul tak? Kalau ada yang tak setuju boleh tumbuk muka saya (kalau jumpa).
Diorang semua jadi macamtu sebab apa? Saya rasa sebab diorang banyak sangat tengok tv atau pun sebab diorang rasa 'harta ayah aku ni tak habis dimakan tujuh keturunan,' Wah..berlagak gila
Walaupun begitu, ramai lagi  budak yang masih baik , sopan-santun, berpelajaran....kan..kan..kan!!!
Saya pun termasuk dalam kalangan budak yang baik-baik ni....perasaan sendiri...:)
Kerajaan, ibu bapa, guru-guru dan orang lain yang terlibat perlulah bekerjasama dalam menjaga kitorang ( para remaja ) daripada terjebak dengan perkara-perkara yang tak elok sebab kitorang orang ni bakal pemimpin generasi akan datang. Kalaulah zaman skarang ni remaja dh bnyk terlibat dalam kes curi, rogol, rempit dan kes lain yang seangkatan dengannya, macam manalah kita nak mengharapkan diorang dalam memimpin negara ini pada masa akan datang.

No comments:

Post a Comment