Tuesday 3 November 2015

Jangan Bersedih ........

ASSALAMUALAIKUM pembuka bicara,
buat semua yang sudi membaca,
Wahai hati yang duka dan lara,
Bacalah ini dan berhenti berduka.

          Kita selalu berasa kenapa perkara ini terjadi kepada aku ?, kenapa berat sangat musibah yang aku kena hadapi?, apa salah aku diuji sebegini ? Kenapa orang lain boleh bahagia aku pula ditimpa musibah bertimpa-timpa.
          Kita tanya soalan-soalan macam gini tapi kita tak memerhatikan keadaan orang lain yang lebih unfortunate dari diri kita. Kita hanya memerhatikan orang lain yang kita nampak lebih bahagia, tetapi kita tidak mengetahui keadaan hidupnya yang mungkin bergolak di sebalik kebahagiaan yang dipamerkan.
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (Al-Ankabut: 2)
          Dalam hidup ini, kita tak akan terlepas diuji oleh Khalik (pencipta) yang telah pun menetapkan segalanya sebelum kita dilahirkan lagi. Dari dalam rahim ibu kita lagi takdir kita telah ditetapkan, jodoh, ajal , maut dan lain-lain lagi. Kita tak boleh mengelak daripada ujian-ujian yang ditetapkan Allah buat hamba-hambanya seperti kita mengelak daripada berlanggar dengan kenderaan lain di dalam game. Yang perlu kita buat sekarang adalah kita perlu mempersiapkan diri bagi menghadapi ujian-ujian yang bakal kita hadapi dengan iman dan taqwa.
“ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya…     ( Al-Baqarah: 286)
          Allah ar-Rahman, ar-Rahim, Dia tidak akan sekali-kali menguji hambanya diluar kemampuan hambanya. Ujian-ujian itu bertujuan untuk menguji keimanan kita kepada-Nya. Manusia yang pada fitrahnya pelupa, sering melupakan tujuannya diciptakan ke dunia ini. Kita sering lalai dan alpa dengan nikmat-nikmat kurniaanNya kepada kita, Kita sering lupa akan hakikat kejadian kita hanya sebagai hamba kepada DIA yang ESA,  kita sering lupa akan tuhan yang satu ........ Jadi Allah menurunkan ujian supaya kita kembali bergantung kepadaNya.
          Sabar dan tunaikanlah solat ketika ditimpa musibah. Berdoalah semoga Allah mempermudahkan kita menghadapi ujian-ujiannya. Bersyukurlan dengan kurniaanNya. Kepada kita lihatlah sekeliling kita di mana masih ramai lagi manusia yang menderita di saat kita berbahagia. Ramai lagi yang lebih menderita di saat kita rasa kita menderita. Ujian itu adalah hadiah untuk kita semua supaya kita tidak terus lalai dan leka dengan kehidupan dunia.

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). ( Al-Baqarah: 214)

          Cuba bayangkan jikalau hidup kita ini mendatar sahaja, tak ada naik dan turun yang mewarna-warnikan hidup kita. Pasti membosankan bukan ? Dengan setiap ujian yang kita hadapi, kita akan menjadi lebih matang dan lebih bijak bagi menghadapi hari-hari yang akan seterusnya dalam kehidupan kita. Itulah cara kita menambah pengalaman.



          Berusahalah untuk memperoleh keredhaanNya dengan memperbanyakkan amal dan sentiasa mengingatiNya.....
 LAA TAHZAN INNAALLAH MA'ANA , 
(jangan bersedih sesungguhnya Allah bersama kita.)

p/s: saya tulis post ini kerana terkesan dengan peristiwa yang baru saya hadapi baru-baru ini....

Friday 24 April 2015

Cantas! Cantas! Cantas!

Assalamualaikum, salam sejahtera, hello, konichiwa,
Lama dah tak post entry, rindu nak chot-chet, chot-chet kat sini. sesaat bagaikan satu jam, satu jam bagaikan sehari, sehari bagaikan seminggu, seminggu bagaikan sebulan, sebulan bagaikan setahun. Eh.....terbaliklah..... zaman sekarang ni, setahun bagaikan sebulan, sebulan bagaikan seminggu, seminggu bagaikan sehari, sehari bagaikan satu jam, pejam celik, celik  pejam kita dah masuk hari ni, bulan ni,
ANA(dalam bahasa arab) = saya
Sebenarnya, sejak dua menjak ni ANA sibuk....... jadi tak sempat nak buat revision kat blog ni...... ceh, revision konon, peperiksaan pertengahan tahun dah lah lagi tiga minggu......
Okay! ANA sibuk sebab cari bahan dan buat persiapan untuk masuk pertandingan debat ( wakil sekolah) peringkat negeri..... Pertandingan Debat Bahasa Inggeris (Ihtifal Ilmi Negeri)
Haritu, seminggu lepas naik cuti sekolah bulan tiga....... cikgu pilih lima orang untuk pertandingan debat. ANA (ting. 2), kak Maryam Jamilah (ting. 3), kak Nurul Izzah (ting. 4), kak Siti Nur Aimi (ting. 4), kak Siti Sarah (ting. 4). Ada perasan something unbelievable tak ?
Hoh, hoh, hoh, ANA peserta paling muda.......YANG TERPILIH untuk wakil sekolah......
Astaghfirullahalazim......... jangan jadikan tauladan ye, sahabat-sahabat sekalian, saje je nak buat gempak sikit..... tapi yang ditulis kat atas tu memang kebenaran......
NEXT, waktu tu lagi tiga minggu lebih nak bertanding ..... memang gamatlah. kena cari bahan ,kena kaji tajuk yang telah diberi, kena buat teks, .... kitorang kena siapkan semua tu untuk tiga tajuk,

  1. HOMEWORK SHOULD BE BANNED
  2. OUR NATION IS STILL UNPREPARED FOR DISASTERS
  3. TEACHERS SHOULD NOT BE ALLOWED TO CONTACT STUDENTS THROUGH SOCIAL MEDIA 
Masa tu macam nak pecah kepala otak sebab banyak kena siapkan..... risau jugalah takut tak sempat.....lepastu kena berlatih kuatkan suara, (people say that my voice are too low, they wonder how I will debate with my low voice because a debator need a loud voice and not a shrieking voice)
Kitorang saling membantu karang teks, cari isi yang konkrit, cari idea untuk cantas pihak lawan. ANA sertai pertandingan ni sebab nak menimba ilmu dan  pengalaman yang baru dan banyak juga yang ANA  dapat daripada semua orang. ANA dapat belajar buat teks, belajar bercakap tegas, belajar confident walaupun hati kecut.
kak AMEERA kata :
waktu bertanding kena confident, sebab judges tak tengok isi kita sahaja dia tengok jugak cara penyampaian kita, confident tak kita.
Masa bertanding pihak lawan akan ada cara untuk psycho kita, supaya pendirian kita goyah. Oleh itu, jangan sampai kita goyah.
Jangan bagi lawan psycho kita biar kita yang psycho diorang......tunjukkan kita ni confident, kita betul dan akan menang..... ini sangat memainkan peranan.
(Ayat kak AMEERA tak macam ni tapi maksudnya lebih kurang sama..........)

LIST KESYUKURAN YANG MASIH BANYAK TIDAK DISENARAIKAN :

  • Alhamdulillah sebab urusan kami telah dipermudahkan.
  • Alhamdulillah makan minum kami sentiasa terjaga semasa di sana.
  • Alhamdulillah sebab dapat tumpang tinggal sehari dua kat tempat yang best.
  • Alhamdulillah sebab cikgu-cikgu banyak membantu dan sangat prihatin
  • Alhamdulillah sebab dapat banyak idea bernas walaupun persiapan hanya siap pada hari terakhir sebelum pertandingan.
  • Alhamdulillah sebab kakak senior yang sudah berpengalaman sudi dan banyak membantu terutamanya kak AMEERA (our mentor), kak AIMI dan kak SARAH.
  • Alhamdulillah tajuk pertama kitorang dah BUY (tahun lepas sekolah dapat tempat kedua jadi tak perlu bertanding pusingan pertama) , 
  • Alhamdulillah, sebab tajuk 1. dan 2. kitorang dah tau awal-awal dapat side yang mane.... (2 minggu sebelum pertandingan) dan 
  • Alhamdulillah sebab kitorang dapat side GOVERNMENT. untuk semua tajuk.
  • Alhamdulillah sebab kitorang dah berusaha sehabis baik untuk pertandingan ni.


Masa tajuk pertama bertanding jadi interjector....my heart sangat nervous, Baru bangun cakap sikit dah rasa lutut terketar nak terkulai.......masa tu kitorang lawan dengan SMA B. Alhamdulillah menang.
Tajuk kedua ANA jadi 2nd speaker.....masa tu masih nervous tapi dah okay sikit, masa tu ter over excited pulak.....sampai terlepas cakap masa pihak lawan tengah cakap....(2 kali pulak tu) malu sangat-sangat tapi kena cover, kalau tak orang nampak kita tak confident. Masa tu lawan dengan sekolah MP. Alhamdulillah menang sebab dapat popular votes from the judges. Masa dah habis lawan ANA nangis minta maaf sebab terlepas cakap..... haru....haru....
Tajuk ketiga paling seronok, sebab kitorang masuk final.... lawan dengan SMAK J. ANA jadi 3rd speaker, pusingan ni nervous dalam hati dah tinggal sedikit jadi berdas-das cantasan dapat diberikan kepada pihak lawan..... lagi seronok bila untuk pusingan akhir ni ANA dapat jadi BEST DEBATOR!!
. * Setiap perlawanan ada best debator.
Akhinya,....... alhamdulillah kitorang dapat merangkul piala JOHAN untuk pertandingan debat bahasa inggeris peringkat negeri Johor sahaja 2015. Waktu tu ramai yang gembira (orang MAK je kut) sebab SMAK J dengan MAK memang musuh tradisi(persaingan yang sihat), jadi kitorang sangat gembira.......ALHAMDULILLAH
Alhamdulillah sebab usaha kitorang hampir seminggu tak masuk kelas, balik pukul 4:30 tidak sia-sia apabila kitorang dapat berita yang gembira ini.
Alhamdulillah, sebab Allah bantu kami setelah kami semua berusaha dan bertawakal......
Alhamdulillah sebab Allah bagi kami semua kemenangan tempat pertama iaitu johan dalam pertandingan tu.
Bila dah dapat kemenangan dan kejayaan kita kenalah bersyukur.......
Seandainya kita kalah sekalipun , kita kena bersyukur dan redha kerana
ALLAH TAHU APA YANG TERBAIK BUAT HAMBA-HAMBANYA..........



Ramai orang rasa dia orang yang paling malang dalam dunia ni, tapi dia tak  tahu ada orang hidup mereka lebih malang, dia tak tahu mensyukuri nikmat yang dia ada......Orang yang tak bersyukur ni
orang sebut sebagai KUFUR NIKMAT !!!


Bergembiralah dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada selagi boleh...... Kalau nak sesuatu pohonlah pada ALLAH, INSYAALLAH diperkenankan .  Apa-apa pun kegembiraan di dunia ni hanya sementara..... yang utama! yang patut kita kejar! ialah kebahagiaan di syurga kelak.......
Okaylah entry kali ni pun dah panjang, kononnya melepaskan rindu yang bertamu di hati........jadi sebagai akhir kalam kata ANA,
ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH.

Saturday 21 March 2015

Kejutan Peperiksaan


Assalamualaikum......ANA dah lama tak post entry baru ....... Sesiapa yang rindu nak membaca post ANA, sorrylah ye....;p.... Pos kali ni nak cerita pasal pengalaman amik peperiksaan di sekolah arab....hu...hu...
      Setiap kali minggu peperiksaan tiba, murid-murid pasti tertekan kerana perlu mengulangkaji pelajaran dan mengingat banyak fakta-fakta penting untuk jawab periksa..... Pelajar yang cemerlang sentiasa meletakkan target yang tinggi untuk dicapai....dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai target tersebut....Bagi yang sentiasa mendapat markah average dalam peperiksaan, kemungkinan besar usaha mereka pun setakat tahap average....
      Ni ANA nak bagitau pasal pi'il ANA sebelum peperiksaan....Tahun-tahun sebelum ni, Ana rileks je...selalunya lagi 2 hari nak peperiksaan baru ANA nak terkedek-kedek belek buku, buat exercise, hafal fakta-fakta penting....sebab apa ANA buat camtu.....sebab MALAS..... sedih juga bila mengingat kembali pi'il ANA waktu dulu-dulu :(
     Tapi untuk peperiksaan besar, ANA rajin lah..(kalau tak mana nak dapat cemerlang dalam UPSR, UPKK, SDEA, dan SDKA)....sorry tak berniat nak tunjuk-tunjuk...
       Bila masuk tahun ni....ANA dah rajin sikit-sikit... kenalah rajinkan diri sebab dah masuk sekolah arab....My Auntie yang kerja kat sekolah tu dah pesan awal-awal..... "kalau kat sekolah ni, semua yang cikgu dah ajar kena hafal dulu.... Jangan tunggu Peperiksaan baru nak menghafal .... nanti payah...."  Lebih kurang macam tu la...he.he...
      Itulah bila dah masuk sekolah ni kenalah rajin-rajin menghafal ,,,,, dah lah banyak mata pelajaran bahasa arab,,,,memang memerlukan rasa keinginan dan kerajinan yang tinggi..... Lepas hafal kena ulang-ulang balik baca supaya apa yang dah dihafal tu tak hilang....dah satu kerja lagi....mata dan perlakuan kena jaga....supaya tak lupa.....banyak jugalah nak kena buat....
    Untuk ujian pertama ni , ANA 3/4 minggu sebelum periksa dah speedkan aktiviti menghafal....bolehlah....
    Sekolah arab ni ada akademik dan bahasa arab....dua-dua kena kejar dan  kena ulangkaji.....Minggu nak periksa tulah yang paling tension....rasa macam argggghhh.....minggu periksa lagi tension....walaupun banyak yang dah hafal .....ada juga yang tak sempat nak ulangkaji.....seperti subjek PJK,SIVIK(subjek akademik la).....mata pelajaran akademik dan bahasa arab dua-dua memberi tekanan kepada jiwa.....
     Cuba korang bayangkan dalam masa lima hari korang kena periksa 21 mata pelajaran.....akademik dan bahasa arab.....mix tak asing-asing.....Walaupun yang arab agak senang(diorang kata sebab peperiksaan mac biasanya senang sebab baru belajar sikit....)(dan sebab dah banyak menghafal)....hatiku sentiasa berfikir....'bilalah peperiksaan nak habis, lagi berapa hari ye....' sebab hati tension tak habis-habis ..............sentiasa berharap agar dapat terbaik dalam setiap matapelajaran.....(targetku tinggi....)
      Apa-apapun puas hatilah sebab dah cuba buat yang terbaik untuk peperiksaan yang lepas.....Memang kena sentiasa sabar kalau nak berjaya......
"SABAR IALAH TEMAN SEJATI ORANG YANG BERJAYA DI KALA SUSAH DAN SENANG" - ain fatihah
Ce....wah....Hebat banget kata hikmah di atas..... Sangat sesuai dengan orang yang menuturkannya....


Berdasarkan firman ALLAH : 


Jadi jangan risau-risau....jangan tension-tension......sesungguhnya ALLAH sentiasa di sisi orang-orang yang sabar dan menjadi penolong mereka......
  
okay,,harap entry ini menghiburkan anda......adios....
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH.....

Friday 16 January 2015

JANGAN PUTUS AAAAAAASA!!

Pada hari dan tarikh ini saya berumur 13 tahun 3 bulan 3 hari ?jam ?minit .
Saya baru belajar dan boleh bawak basikal pada 4 hari yang lepas. Masa hari pertama tu, saya pilih basikal yang paling kecik yang ada. Warna biru dan beroda dua. Mula-mula naik tu, saya berasa sangat seram. Asal nak jalan je basikal nak jatuh, asal nak kayuh je basikal nak jatuh. Kepala dah terbayang macam-macam adegan terjatuh dari basikal. Then, saya cuba juga kayuh sikit-sikit tapi tetap tak lepas. Pedal basikal saya genggam kuat-kuat sebab asyik rasa nak jatuh je. 
Kakak sepupu saya cakap "Bawak basikal tu rilek je la....,"
Saya jawab "Tapi basikal ni rasa macam asyik nak jatuh aje, macam mana nak bawak"
Dialog yang hampir sama berulang-ulang sepanjang saya cuba nak kayuh basikal . Tengoklah betapa tidak berkeyakinannya saya pada waktu tu. At the end of the day, saya dapat kayuh basikal dengan jatuh berkali-kali, terbabas ke pokok rumah orang berkali-kali.... tu pun lepas cuba meyakinkan diri berkali-kali. 
Malam tu, badan dah calar-balar, sengal-sengal dan sakit-sakit. Kaki pula hitam-hitam kena minyak rantai basikal. Tangan yang menggenggam pedal basikal terasa berdenyut-denyut. Bahagian bawah tempat kita duduk pulak sakit sebab tak biasa duduk atas basikal.
Esoknya, petang tu saya ikut pak cik saya round kampung naik basikal dengan kakak-kakak sepupu saya yang lain. Ada la jatuh masuk semak, terbabas beberapa kali. Waktu ni masih tak pandai nak pusingkan basikal tapi bawak basikal dah rileks sikit, siap pecut lagi. Hari ketiga pusing lagi, pecut lagi dan dah tak banyak jatuh tapi ada jatuh muka tersembam, hik...hik... kesiankan. Naik basikal ni ada risikonya tapi ia menyeronokkan. Beberapa kali hampir kena langgar dengan kereta, motor dan basikal orang lain (sempat elak dan ada yang elak sampai terbabas masuk bush). Lepasni, kalau dah pandai naik basikal betul-betul macam nak belajar naik motorlah pulak (angan-angan) , tengok orang naik motor lagi rilek dari orang yang kayuh basikal.




 Apa-apapun
"Mempelajari sesuatu yang baru ialah suatu pengembaraan yang menyeronokkan dalam kehidupan." -Ain
Ececeh, bermadah pulak ....tapi betulla apa yang saya katakan di atas tu... jangan segan nak mengaku that I am right....Buat atau belajar sesuatu biarlah sampai ke akhirnya, kata orang tua-tua, alang-alang  menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Okey, my eyes are getting sleepy now, with the word Wabillahi taufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh I'll end my entry now.


Tuntutlah Ilmu....

Assalamualaikum......
Lama juga saya tak pos ek... Shafiqah, kita minta maaaaaaf sangat-sangat, kita bukan tak nak cerita tapi waktu tu tak confirm lagi sama ada kita dapat ke tidak...... Kalau kita bagitau awak awal-awal nanti takut tak jadi (nnti jadi macam kes pindah tak jadi tu). So sekarang kita dah boleh cerita kat awak sebab kemasukan kita dah confirm betul-betul. 
Sebenarnya, isteri kepada abang ayah kita kerja kat sekolah arab kluang( tak pasti sangat nama sebenar sekolah tu apa) Haritu anak diorang kahwin, pastu kat majlis kahwin tu ayah kita jumpa cikgu-cikgu yang kerja kat sekolah yang sama (sebenarnya sekolah ni tempat ayah kita belajar dulu). Ayah bekas anak murid diorang.  Sambil berbual-bual, ayah kita tanyalah cikgu-cikgu tu pasal sekolah tu. Ayah kita tanya sama ada kita boleh masuk sekolah tu tak walaupun kita dah masuk tingkatan 2. Cikgu-cikgu tu kata "tengok budaknya ni, insyaallah boleh"(lebih kurang macam tu la).
Sejak tu ayah kita bincang-bincang la dengan isteri kepada abang ayah kita (kita panggil dia cik Yah).

Then, my father ask me if I want to study in the SMA Arabiah Kluang . He said if I study in this school it will be like killing two birds with one stone. I get to study academic and religion (in Arab) subjects at this school. My father also said I have to much time in my hand that I use my time for things that aren't beneficial.

I think, and think and think very carefully that in the end, I decided to enrol in this school. I know it will be a lot more work, as now I'm more busy than the previous year. I hope you and all of my friends will support my decision even though we are far apart.

Korang nak tau tak ? tingkatan 2 kat sekolah ni ada dalam lebih kurang 21 mata pelajaran (akademik (9) + bahasa arab (11 kut)). Masuk sekolah paling lewat pukul 7:20 dan balik sekolah 3:30 petang.
Walaupun sibuk sikit tapi tak apalah kan, kan? Bak kata orang kat bawah ni....






 Apa-apapun teruslah menuntut ilmu hatta sampai ke liang lahad sekalipun.
Lagi satu, biarlah kita yang mencari ilmu , jangan tunggu ilmu untuk mencari kita kerana ilmu tidak akan datang dengan sendirinya.










Saturday 6 December 2014

DEMI MASA!!

Kentang-kentung.....Kentang-kentung.....Kentang-kentung.....
Pagi-pagi lagi dapur ibu dah berbunyi, pagi tu saya dengan semangat berkobar-kobar nak masak sarapan pada hari tersebut untuk meraikan saya sendiri yang telah tamat periksa SDKA. Saya pun ajak adik saya Anisah turun ke dapur tolong masak sekali. Pagi-pagi kut kitorang turun kira-kira pukul 8:45 pagi, sampai kat dapur tiba-tiba nampak banyak 'benda' melata kat sinki dapur.
Berekor-ekor, bertan-tan, berpuak-puak semut ada kat situ. Panikla banyak, tapi tetap kena bersihkan sebab ni semua salah diri sendiri sebab tak bersihkan sinki tersumbat lepas basuh pinggan malam semalam. Kalau tak bersihkan macam mana nak masak dalam keadaan yang fresh kan...kan...?
Dah bersihkan baru kitorang mula buat kerja-kerja memasak. Anisah gunting kobis, saya pula potong and cut lobak. Sedang asyik,asyik,asyik, asyiknyaku potong, cut, potong, cut, potong, cut, potong, cut lobak, tiba-tiba terpotong jari..... heh, takdalah, tapi yang tetiba tu muncul sebab ibuku tiba-tiba ibuku turun ke dapur menjenguk anak-anak daranya yang rajin memasak ni (kononnya)...
Ibu cakap,"Aik, baru potong lobak ngan kobis je? Ibu ingatkan daripada tadi kentang-kentung kat bawah sekarang dah nak siap masak. Sekarang dah pukul berapa ni? Aaaah, pukul 9:30 ? Bila kita nak sarapan ni?"
"Kitorang turun tadi dalam kul 8:45 pagi gitulah, sorry tak siap lagi. Akak buat kerja kan memang lambat sikit,"
"Takpe ibu sanggup tunggu kakak siap masak,"
"Kakak nak masak wanton udang,"
"Wanton dia ada kulit wantonnya sendiri mana boleh guna kulit buat popia,"
"Kalau macam tu kakak buat popia sayur je la, ok?"
 "Ok, sementara tunggu akak ni, biar ibu buat keledek oren goreng,"

Resepi Popia Sayur Gemuk (tidak menggemukkan dan cukup nutrisi):

BAHAN-BAHAN:
  • Satu batang lobak merah yang besar.
  • Separuh daripada satu kobis bulat yang biasa.
  • 3 biji telur ayam.
  • 1 sudu teh garam.
  • 2 sudu teh serbuk perasa.
  • 1 biji bawang merah besar.
  • 3 ulas bawang puting
  • Minyak masak (prefer minyak zaitun)
  • Satu set kulit popia (paling kurang beli yang 20 keping)
ARAHAN:
  1. Keluarkan kulit popia dari peti sejuk.
  2. Hiris lobak, kubis, bawang merah dan bawang putih.
  3. Panaskan minyak, mula tumis bawang merah dan bawah putih dengan minyak tu.
  4. Lepastu cepat-cepat masukkan garam dengan serbuk perasa.
  5. Ambik 3 biji telur (jangan lupa basuh ye) pastu masukkan dalam kuali.
  6. Gaul cepat-cepat sampai jadi macam scramble egg.
  7. Boleh start gulung isi dalam kulit popia yang dah dikeluarkan tadi.
  8. Bila dah siap gulung popia, dah boleh start goreng.

Amacam sedap tak resepi ni? Kita boleh buat sendiri dan ia boleh menggembirakan keluarga yang dapat merasa air tangan kita. Cuti sekolah macam ni sepatutnya diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah dan yang membangunkan intelek. Saya ni pun dah berazam cuti sekolah kali ini, saya tak nak banyak membuang masa dengan perkara yang membuang masa, 
contohnya :
 Jika kita menggunakan masa seperti ini, tengok tv 5 jam, main komputer 3 jam, terbongkang atas katil 12 jam, lagi 4 jam diperuntukkan untuk makan, solat dan mandi (kalau dia mandi).



Masa yang telah berlalu tidak akan dapat dikembalikan, oleh itu gunakanlah masa-masa yang ada untuk melakukan perkara-perkara berfaedah. Jika masa tidak digunakan digunakan dengan baik, kita bukan sahaja kerugian masa, malah kita juga akan mendapat dosa kerana berterusan membuang masa.





Selain daripada membantu ibu bapa, kita boleh cuba lakukan sesuatu yang dapat menambahkan duit poket sepanjang cuti sekolah ni...cuba bayangkan kalau kita cuci kereta ayah, sekali cuci dengan vaakum kereta dapat RM 10, kalau kita cuci 4 minggu sekali, dua bulan dah dapat RM20 kan berbaloi tu.....
 Kesimpulannya, kita kena....kita wajib menghargai masa dan jangan menggunakannya secara sambil lewa...... okeylah,, sekian, wassalam.......