Friday 16 January 2015

JANGAN PUTUS AAAAAAASA!!

Pada hari dan tarikh ini saya berumur 13 tahun 3 bulan 3 hari ?jam ?minit .
Saya baru belajar dan boleh bawak basikal pada 4 hari yang lepas. Masa hari pertama tu, saya pilih basikal yang paling kecik yang ada. Warna biru dan beroda dua. Mula-mula naik tu, saya berasa sangat seram. Asal nak jalan je basikal nak jatuh, asal nak kayuh je basikal nak jatuh. Kepala dah terbayang macam-macam adegan terjatuh dari basikal. Then, saya cuba juga kayuh sikit-sikit tapi tetap tak lepas. Pedal basikal saya genggam kuat-kuat sebab asyik rasa nak jatuh je. 
Kakak sepupu saya cakap "Bawak basikal tu rilek je la....,"
Saya jawab "Tapi basikal ni rasa macam asyik nak jatuh aje, macam mana nak bawak"
Dialog yang hampir sama berulang-ulang sepanjang saya cuba nak kayuh basikal . Tengoklah betapa tidak berkeyakinannya saya pada waktu tu. At the end of the day, saya dapat kayuh basikal dengan jatuh berkali-kali, terbabas ke pokok rumah orang berkali-kali.... tu pun lepas cuba meyakinkan diri berkali-kali. 
Malam tu, badan dah calar-balar, sengal-sengal dan sakit-sakit. Kaki pula hitam-hitam kena minyak rantai basikal. Tangan yang menggenggam pedal basikal terasa berdenyut-denyut. Bahagian bawah tempat kita duduk pulak sakit sebab tak biasa duduk atas basikal.
Esoknya, petang tu saya ikut pak cik saya round kampung naik basikal dengan kakak-kakak sepupu saya yang lain. Ada la jatuh masuk semak, terbabas beberapa kali. Waktu ni masih tak pandai nak pusingkan basikal tapi bawak basikal dah rileks sikit, siap pecut lagi. Hari ketiga pusing lagi, pecut lagi dan dah tak banyak jatuh tapi ada jatuh muka tersembam, hik...hik... kesiankan. Naik basikal ni ada risikonya tapi ia menyeronokkan. Beberapa kali hampir kena langgar dengan kereta, motor dan basikal orang lain (sempat elak dan ada yang elak sampai terbabas masuk bush). Lepasni, kalau dah pandai naik basikal betul-betul macam nak belajar naik motorlah pulak (angan-angan) , tengok orang naik motor lagi rilek dari orang yang kayuh basikal.




 Apa-apapun
"Mempelajari sesuatu yang baru ialah suatu pengembaraan yang menyeronokkan dalam kehidupan." -Ain
Ececeh, bermadah pulak ....tapi betulla apa yang saya katakan di atas tu... jangan segan nak mengaku that I am right....Buat atau belajar sesuatu biarlah sampai ke akhirnya, kata orang tua-tua, alang-alang  menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Okey, my eyes are getting sleepy now, with the word Wabillahi taufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh I'll end my entry now.


Tuntutlah Ilmu....

Assalamualaikum......
Lama juga saya tak pos ek... Shafiqah, kita minta maaaaaaf sangat-sangat, kita bukan tak nak cerita tapi waktu tu tak confirm lagi sama ada kita dapat ke tidak...... Kalau kita bagitau awak awal-awal nanti takut tak jadi (nnti jadi macam kes pindah tak jadi tu). So sekarang kita dah boleh cerita kat awak sebab kemasukan kita dah confirm betul-betul. 
Sebenarnya, isteri kepada abang ayah kita kerja kat sekolah arab kluang( tak pasti sangat nama sebenar sekolah tu apa) Haritu anak diorang kahwin, pastu kat majlis kahwin tu ayah kita jumpa cikgu-cikgu yang kerja kat sekolah yang sama (sebenarnya sekolah ni tempat ayah kita belajar dulu). Ayah bekas anak murid diorang.  Sambil berbual-bual, ayah kita tanyalah cikgu-cikgu tu pasal sekolah tu. Ayah kita tanya sama ada kita boleh masuk sekolah tu tak walaupun kita dah masuk tingkatan 2. Cikgu-cikgu tu kata "tengok budaknya ni, insyaallah boleh"(lebih kurang macam tu la).
Sejak tu ayah kita bincang-bincang la dengan isteri kepada abang ayah kita (kita panggil dia cik Yah).

Then, my father ask me if I want to study in the SMA Arabiah Kluang . He said if I study in this school it will be like killing two birds with one stone. I get to study academic and religion (in Arab) subjects at this school. My father also said I have to much time in my hand that I use my time for things that aren't beneficial.

I think, and think and think very carefully that in the end, I decided to enrol in this school. I know it will be a lot more work, as now I'm more busy than the previous year. I hope you and all of my friends will support my decision even though we are far apart.

Korang nak tau tak ? tingkatan 2 kat sekolah ni ada dalam lebih kurang 21 mata pelajaran (akademik (9) + bahasa arab (11 kut)). Masuk sekolah paling lewat pukul 7:20 dan balik sekolah 3:30 petang.
Walaupun sibuk sikit tapi tak apalah kan, kan? Bak kata orang kat bawah ni....






 Apa-apapun teruslah menuntut ilmu hatta sampai ke liang lahad sekalipun.
Lagi satu, biarlah kita yang mencari ilmu , jangan tunggu ilmu untuk mencari kita kerana ilmu tidak akan datang dengan sendirinya.