Saturday 6 December 2014

DEMI MASA!!

Kentang-kentung.....Kentang-kentung.....Kentang-kentung.....
Pagi-pagi lagi dapur ibu dah berbunyi, pagi tu saya dengan semangat berkobar-kobar nak masak sarapan pada hari tersebut untuk meraikan saya sendiri yang telah tamat periksa SDKA. Saya pun ajak adik saya Anisah turun ke dapur tolong masak sekali. Pagi-pagi kut kitorang turun kira-kira pukul 8:45 pagi, sampai kat dapur tiba-tiba nampak banyak 'benda' melata kat sinki dapur.
Berekor-ekor, bertan-tan, berpuak-puak semut ada kat situ. Panikla banyak, tapi tetap kena bersihkan sebab ni semua salah diri sendiri sebab tak bersihkan sinki tersumbat lepas basuh pinggan malam semalam. Kalau tak bersihkan macam mana nak masak dalam keadaan yang fresh kan...kan...?
Dah bersihkan baru kitorang mula buat kerja-kerja memasak. Anisah gunting kobis, saya pula potong and cut lobak. Sedang asyik,asyik,asyik, asyiknyaku potong, cut, potong, cut, potong, cut, potong, cut lobak, tiba-tiba terpotong jari..... heh, takdalah, tapi yang tetiba tu muncul sebab ibuku tiba-tiba ibuku turun ke dapur menjenguk anak-anak daranya yang rajin memasak ni (kononnya)...
Ibu cakap,"Aik, baru potong lobak ngan kobis je? Ibu ingatkan daripada tadi kentang-kentung kat bawah sekarang dah nak siap masak. Sekarang dah pukul berapa ni? Aaaah, pukul 9:30 ? Bila kita nak sarapan ni?"
"Kitorang turun tadi dalam kul 8:45 pagi gitulah, sorry tak siap lagi. Akak buat kerja kan memang lambat sikit,"
"Takpe ibu sanggup tunggu kakak siap masak,"
"Kakak nak masak wanton udang,"
"Wanton dia ada kulit wantonnya sendiri mana boleh guna kulit buat popia,"
"Kalau macam tu kakak buat popia sayur je la, ok?"
 "Ok, sementara tunggu akak ni, biar ibu buat keledek oren goreng,"

Resepi Popia Sayur Gemuk (tidak menggemukkan dan cukup nutrisi):

BAHAN-BAHAN:
  • Satu batang lobak merah yang besar.
  • Separuh daripada satu kobis bulat yang biasa.
  • 3 biji telur ayam.
  • 1 sudu teh garam.
  • 2 sudu teh serbuk perasa.
  • 1 biji bawang merah besar.
  • 3 ulas bawang puting
  • Minyak masak (prefer minyak zaitun)
  • Satu set kulit popia (paling kurang beli yang 20 keping)
ARAHAN:
  1. Keluarkan kulit popia dari peti sejuk.
  2. Hiris lobak, kubis, bawang merah dan bawang putih.
  3. Panaskan minyak, mula tumis bawang merah dan bawah putih dengan minyak tu.
  4. Lepastu cepat-cepat masukkan garam dengan serbuk perasa.
  5. Ambik 3 biji telur (jangan lupa basuh ye) pastu masukkan dalam kuali.
  6. Gaul cepat-cepat sampai jadi macam scramble egg.
  7. Boleh start gulung isi dalam kulit popia yang dah dikeluarkan tadi.
  8. Bila dah siap gulung popia, dah boleh start goreng.

Amacam sedap tak resepi ni? Kita boleh buat sendiri dan ia boleh menggembirakan keluarga yang dapat merasa air tangan kita. Cuti sekolah macam ni sepatutnya diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah dan yang membangunkan intelek. Saya ni pun dah berazam cuti sekolah kali ini, saya tak nak banyak membuang masa dengan perkara yang membuang masa, 
contohnya :
 Jika kita menggunakan masa seperti ini, tengok tv 5 jam, main komputer 3 jam, terbongkang atas katil 12 jam, lagi 4 jam diperuntukkan untuk makan, solat dan mandi (kalau dia mandi).



Masa yang telah berlalu tidak akan dapat dikembalikan, oleh itu gunakanlah masa-masa yang ada untuk melakukan perkara-perkara berfaedah. Jika masa tidak digunakan digunakan dengan baik, kita bukan sahaja kerugian masa, malah kita juga akan mendapat dosa kerana berterusan membuang masa.





Selain daripada membantu ibu bapa, kita boleh cuba lakukan sesuatu yang dapat menambahkan duit poket sepanjang cuti sekolah ni...cuba bayangkan kalau kita cuci kereta ayah, sekali cuci dengan vaakum kereta dapat RM 10, kalau kita cuci 4 minggu sekali, dua bulan dah dapat RM20 kan berbaloi tu.....
 Kesimpulannya, kita kena....kita wajib menghargai masa dan jangan menggunakannya secara sambil lewa...... okeylah,, sekian, wassalam.......









Usaha = Tawakal

Asssssalaaamualaaaaikum........Warahmatullaaahiwabarakaaaaatuh..... Waaaaaaaa'alaikumussssalaaam.................. ....warahmatulllahiwabarakaaaaatuuuuuh...........
Jawab jangan tak jawab
Dah lama dah tak buka blog ni ... dah nak dekat seminggu....dah..heh
Rasa-rasanyalah kan kenapa ana kata dah lama tak buka dan baru buka sekarang .....sebab
ALHAMDULILLAH...
Pagi tadi baru habis periksa SDKA, so sekarang baru boleh update...
Nak tau tak betapa sahabat ana berhempas pulas sepanjang minggu periksa ni sehinggakan adik sahabat ana tu  mengatakan bahawa kakak dia ni nampak tension je tiap-tiap hari periksa, Di bawah ini terdapat list benda yang sahabat ana buat sepanjang minggu periksa ni :
Start petang sebelum hari periksa, dia mula belajar. Dah lah hari periksa esoknya tiga mata pelajaran, jadi dia kena rush sikit...
Bila periksa macam ni main, tengok serta buka komputer dan tv tidak dibenarkan sama sekali....Waktu macam ni yang dibenarkan hanyalah belajar, makan, belajar, solat, belajar, mengaji al-Quran, belajar, berdoa, belajar, dengar tazkirah, belajar dan release tension sikit.
Lepastu waktu malam, dia tidur antara pukul 10 dengan 11. Bangun pula antara pukul 3 pagi dengan 4 pagi semata-mata sebab nak belajar dan baca buku untuk peperiksaan hari esoknya. 
Sebenarnya jadual tidur macam ni tidak digalakkan sama sekali untuk para pelajar seperti kita ni... tapi ni sebab dia dah desperate nak score sangat-sangat dalam semua mata pelajaran. Jadual tidur seperti ini akan memudaratkan kesihatan kita dan mengundang penyakit yang berbahaya seperti sakit kepala.
Esoknya, dia periksa dengan jayanya (kut), boleh jawab tetapi apabila tiba saat-saat dimana kantuk menguasai dirinya, dia pun tidur lepas siap jawab kertas periksa.
Inilah bahananya bila tak cukup tidur pada minggu peperiksaan. Tertidur-tidur pun kawan ana ni berjaya menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan.... (kalau kata mudah nanti orang cakap kita ni confident sangat dapat cemerlang)Kawan ana ni dia ni nak menunaikan harapan guru-gurunya, ibu bapanya dan dirinya dalam mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan SDKA.




Apa-apapun, kawan-kawan, pakcik-makcik, abang-kakak, ibu ayah, pelajar-guru, ingatlah setelah kita melakukan usaha yang penting kita berdoa dan bertawakal untuk mendapat kejayaan dan kebahagiaan. Jangan mengharapkan usaha kita sahaja untuk mendapat kejayaan tersebut tanpa berdoa dan bertawakal kerana kita hanya merancang Allah yang menentukan dan jangan juga hanya berdoa dan bertawakal tetapi tiada usaha yang dilakukan untuk mencapai sesuatu atau kejayaan.



Setakat ni je untuk kali ni....wassalam..