Friday 24 April 2015

Cantas! Cantas! Cantas!

Assalamualaikum, salam sejahtera, hello, konichiwa,
Lama dah tak post entry, rindu nak chot-chet, chot-chet kat sini. sesaat bagaikan satu jam, satu jam bagaikan sehari, sehari bagaikan seminggu, seminggu bagaikan sebulan, sebulan bagaikan setahun. Eh.....terbaliklah..... zaman sekarang ni, setahun bagaikan sebulan, sebulan bagaikan seminggu, seminggu bagaikan sehari, sehari bagaikan satu jam, pejam celik, celik  pejam kita dah masuk hari ni, bulan ni,
ANA(dalam bahasa arab) = saya
Sebenarnya, sejak dua menjak ni ANA sibuk....... jadi tak sempat nak buat revision kat blog ni...... ceh, revision konon, peperiksaan pertengahan tahun dah lah lagi tiga minggu......
Okay! ANA sibuk sebab cari bahan dan buat persiapan untuk masuk pertandingan debat ( wakil sekolah) peringkat negeri..... Pertandingan Debat Bahasa Inggeris (Ihtifal Ilmi Negeri)
Haritu, seminggu lepas naik cuti sekolah bulan tiga....... cikgu pilih lima orang untuk pertandingan debat. ANA (ting. 2), kak Maryam Jamilah (ting. 3), kak Nurul Izzah (ting. 4), kak Siti Nur Aimi (ting. 4), kak Siti Sarah (ting. 4). Ada perasan something unbelievable tak ?
Hoh, hoh, hoh, ANA peserta paling muda.......YANG TERPILIH untuk wakil sekolah......
Astaghfirullahalazim......... jangan jadikan tauladan ye, sahabat-sahabat sekalian, saje je nak buat gempak sikit..... tapi yang ditulis kat atas tu memang kebenaran......
NEXT, waktu tu lagi tiga minggu lebih nak bertanding ..... memang gamatlah. kena cari bahan ,kena kaji tajuk yang telah diberi, kena buat teks, .... kitorang kena siapkan semua tu untuk tiga tajuk,

  1. HOMEWORK SHOULD BE BANNED
  2. OUR NATION IS STILL UNPREPARED FOR DISASTERS
  3. TEACHERS SHOULD NOT BE ALLOWED TO CONTACT STUDENTS THROUGH SOCIAL MEDIA 
Masa tu macam nak pecah kepala otak sebab banyak kena siapkan..... risau jugalah takut tak sempat.....lepastu kena berlatih kuatkan suara, (people say that my voice are too low, they wonder how I will debate with my low voice because a debator need a loud voice and not a shrieking voice)
Kitorang saling membantu karang teks, cari isi yang konkrit, cari idea untuk cantas pihak lawan. ANA sertai pertandingan ni sebab nak menimba ilmu dan  pengalaman yang baru dan banyak juga yang ANA  dapat daripada semua orang. ANA dapat belajar buat teks, belajar bercakap tegas, belajar confident walaupun hati kecut.
kak AMEERA kata :
waktu bertanding kena confident, sebab judges tak tengok isi kita sahaja dia tengok jugak cara penyampaian kita, confident tak kita.
Masa bertanding pihak lawan akan ada cara untuk psycho kita, supaya pendirian kita goyah. Oleh itu, jangan sampai kita goyah.
Jangan bagi lawan psycho kita biar kita yang psycho diorang......tunjukkan kita ni confident, kita betul dan akan menang..... ini sangat memainkan peranan.
(Ayat kak AMEERA tak macam ni tapi maksudnya lebih kurang sama..........)

LIST KESYUKURAN YANG MASIH BANYAK TIDAK DISENARAIKAN :

  • Alhamdulillah sebab urusan kami telah dipermudahkan.
  • Alhamdulillah makan minum kami sentiasa terjaga semasa di sana.
  • Alhamdulillah sebab dapat tumpang tinggal sehari dua kat tempat yang best.
  • Alhamdulillah sebab cikgu-cikgu banyak membantu dan sangat prihatin
  • Alhamdulillah sebab dapat banyak idea bernas walaupun persiapan hanya siap pada hari terakhir sebelum pertandingan.
  • Alhamdulillah sebab kakak senior yang sudah berpengalaman sudi dan banyak membantu terutamanya kak AMEERA (our mentor), kak AIMI dan kak SARAH.
  • Alhamdulillah tajuk pertama kitorang dah BUY (tahun lepas sekolah dapat tempat kedua jadi tak perlu bertanding pusingan pertama) , 
  • Alhamdulillah, sebab tajuk 1. dan 2. kitorang dah tau awal-awal dapat side yang mane.... (2 minggu sebelum pertandingan) dan 
  • Alhamdulillah sebab kitorang dapat side GOVERNMENT. untuk semua tajuk.
  • Alhamdulillah sebab kitorang dah berusaha sehabis baik untuk pertandingan ni.


Masa tajuk pertama bertanding jadi interjector....my heart sangat nervous, Baru bangun cakap sikit dah rasa lutut terketar nak terkulai.......masa tu kitorang lawan dengan SMA B. Alhamdulillah menang.
Tajuk kedua ANA jadi 2nd speaker.....masa tu masih nervous tapi dah okay sikit, masa tu ter over excited pulak.....sampai terlepas cakap masa pihak lawan tengah cakap....(2 kali pulak tu) malu sangat-sangat tapi kena cover, kalau tak orang nampak kita tak confident. Masa tu lawan dengan sekolah MP. Alhamdulillah menang sebab dapat popular votes from the judges. Masa dah habis lawan ANA nangis minta maaf sebab terlepas cakap..... haru....haru....
Tajuk ketiga paling seronok, sebab kitorang masuk final.... lawan dengan SMAK J. ANA jadi 3rd speaker, pusingan ni nervous dalam hati dah tinggal sedikit jadi berdas-das cantasan dapat diberikan kepada pihak lawan..... lagi seronok bila untuk pusingan akhir ni ANA dapat jadi BEST DEBATOR!!
. * Setiap perlawanan ada best debator.
Akhinya,....... alhamdulillah kitorang dapat merangkul piala JOHAN untuk pertandingan debat bahasa inggeris peringkat negeri Johor sahaja 2015. Waktu tu ramai yang gembira (orang MAK je kut) sebab SMAK J dengan MAK memang musuh tradisi(persaingan yang sihat), jadi kitorang sangat gembira.......ALHAMDULILLAH
Alhamdulillah sebab usaha kitorang hampir seminggu tak masuk kelas, balik pukul 4:30 tidak sia-sia apabila kitorang dapat berita yang gembira ini.
Alhamdulillah, sebab Allah bantu kami setelah kami semua berusaha dan bertawakal......
Alhamdulillah sebab Allah bagi kami semua kemenangan tempat pertama iaitu johan dalam pertandingan tu.
Bila dah dapat kemenangan dan kejayaan kita kenalah bersyukur.......
Seandainya kita kalah sekalipun , kita kena bersyukur dan redha kerana
ALLAH TAHU APA YANG TERBAIK BUAT HAMBA-HAMBANYA..........



Ramai orang rasa dia orang yang paling malang dalam dunia ni, tapi dia tak  tahu ada orang hidup mereka lebih malang, dia tak tahu mensyukuri nikmat yang dia ada......Orang yang tak bersyukur ni
orang sebut sebagai KUFUR NIKMAT !!!


Bergembiralah dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada selagi boleh...... Kalau nak sesuatu pohonlah pada ALLAH, INSYAALLAH diperkenankan .  Apa-apa pun kegembiraan di dunia ni hanya sementara..... yang utama! yang patut kita kejar! ialah kebahagiaan di syurga kelak.......
Okaylah entry kali ni pun dah panjang, kononnya melepaskan rindu yang bertamu di hati........jadi sebagai akhir kalam kata ANA,
ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH.